Summer break

10:05 AM
         2 Ogos 2017, aku mengambil keputusan untuk menulis kembali di laman blog yang dah lama terbiar ini. Aku bukanlah seorang yang mahir dalam penulisan tetapi kalau aku tidak menjinakkan diri dalam penulisan dari sekarang mungkin sampai bila-bila aku takkan pandai dalam menulis. So, aku rasakan inilah peluang aku untuk mewujudkan cinta dalam seni penulisan.


       Jika nak dihitungkan hari sejak dari aku balik cuti semester baru-baru ini,sudah sebulan 2 hari aku menghabiskan masa di rumah. Berbaki beberapa hari je lagi sebelum aku kembali ke sana. Hati ini dah mula tidak duduk senang sebab simptom sayu,risau mahupun rindu dah muncul atau dengan kata mudah homesick padahal belum lagi nak balik tapi otak ini dah bayangkan masa depan.haihhh!!


       So sepanjang summer break ini, aku nak share apa yang aku buat untuk mengisi masa lapang. Aku tidak adalah membuat aktiviti yang special pun macam join mana-mana program mahupun "cuti2 malaysia" untuk dikongsikan pengalaman tetapi apa yang aku boleh katakan aku totally menghabiskan masa aku di rumah dan bandar Chukai.


       Menarik sangat ke bandar Chukai itu sampai aku jalan-jalan dekat situ sahaja dan tidak pergi ke tempat lain ? Sejujurnya,memang tidak ada apa pun yang menarik sebab ia hanya sekadar pekan kecil yang biasa. Namun bandar Chukai itu tetap ada tempat istimewa dalam hidup aku. Bayangkanlah sepanjang aku hidup 18 tahun, dekat sinilah kisah hidup aku bercerita.


        Here are some list things that I have done during the summer break.

 1. Journal I made draft for the upcoming month journal entry starting from July.
You also can do the same thing.

 •just choose any random unused notebook then start draft

. •if you feel blank on how you should create the draft, you can Google to get some ideas. In my case I prefer to search through Pinterest as it much more easily and you can get some inspiration from other's as well.

 • I used colourful pen and pencil colour that also can be used to paint.


2. Learn new language

       Actually, in my situation I'm trying to improve my third language which is korean. Since aku bukan orang yang terer dalam menguasai bahasa maka belajar bahasa lain bukanlah perkara mudah bagi aku walaupun dah tiga tahun aku belajar di sana. Lama kan?? Orang lain pun expect aku dah fluent dengan bahasa korea tetapi aku sedar tahap aku dalam berbahasa korea jauh lebih rendah daripada rakan aku yang lain. Satu fakta yang menyedihkan dan juga memalukan.

      Sebab itu cuti kali ini aku mengambil keputusan untuk berusaha mengasah skill korean tetapi aku tidak pasti sama ada balik nanti aku boleh bercakap korean dengan lebih baik ataupun tidak.


       Antara langkah yang aku lakukan:

 •belajar daripada beberapa buah buku rujukan seperti buku teks level 1 dan 4, buku artikel berita korea dan buku untuk kegunaan kepada para pengunjung ke Korea

 •catat nota

 •do some listening from drama or music


 3. Learn to sew beads on a blouse and did some diy macramé jewellery refer to the YouTube that I downloaded before this.





 4. Jalan-jalan di kawasan bandar dengan kakak menaiki scooter


       Actually kitaorang hampir setiap hari akan breakfast dekat kedai,tidak kiralah makan roti canai ke mee hun sup atau roti bakar. Kami pasti akan keluar ke bandar. Yang menarikya,setibanya kami di rumah dari breakfast aku dan kakak aku akan keluar lagi sekali pergi ke bandar. Pasti ada saja benda yang nak dibuat dekat bandar itu. Namun bukan perkara mudah untuk kami keluar berdua begitu sahaja ke sana. Kitaorang terpaksa menyelinap secara senyap dan keluar dari rumah dalam keadaan serba tidak siap supaya tidak timbul syak wasangka. Biasanya aku akan pakai tudung dekat luar rumah manakala kakak aku pulak akan menolak scooter ke simpang jalan. Situasi masa itu sama macam orang membuat kesalahan dan ingin melarikan diri. Nak tahu kenapa?
 
       Sebabnya anak sedara aku duaorang ni pasti ingin mengikut kami skali kalau nampak kitaorang keluar. Kebiasaanya ayah dan mak kami yang tolong "coverline" kami daripada dilihat oleh budak berdua itu.


 5. Pilih gambar-gambar sepanjang aku belajar di sana selama 3 tahun untuk diprintkan di kedai gambar. Bila sebut tentang gambar ini sudah pasti ada kenangan dan cerita di sebalik gambar tu semua. Maka secara tidak langsung aku terimbau kenangan masa lalu.



     Ahh! Nampaknya, aku terlampau menulis panjang untuk entry pertama ini. Oleh itu, cukup sampai sini sahaja aku berkongsi cerita. Semoga kita berjumpa lagi di entry seterusnya dengan kisah throwback hidup aku di sana. InsyaAllah.


 Sincerely,
Han su ra (한수라)
 한국에서 사는 여자 수라 야.

No comments:

Powered by Blogger.